Sudah lama Tarian Pena sepi. Masa cemburu untuk ku teruskan catatan diari ku. Kalau dulu catatan diari di tangan. Mungkin kerana digital diari kini menyebabkan ku lebih berhati-hati dalam penulisan ku. Hilangnya FAIZ NUR yang dulu tidak bererti hilang jua nilai-nilai kesetiaannya pada penulisan. Penulisanku biasanya hanya untuk ku kongsikan berdua dengan 'DIARI' ku.
RINDU rasanya...
Karya Hatiku juga telah lama ku tinggalkan. Oh bukuku. Koleksi itu akan sentiasa tersimpan di ruang mejaku. Lama juga rasanya. Bukan tiada Idea, tapi masa tidak mengizinkan aku untuk menitipkannya. Pernah suatu ketika di luar jangkauan minda dan pemikiranku, suasana sayu senja dan dingin bayu melahirkan ilham yang cantik untuk diisi di dalam Karya Hatiku. Subhanallah. Begitulah alam mengajar diri ku.
SAYANG rasanya...
Andai ku titipkan setiap bait-bait hidupku ini sepanjang hari, mungkin di hari tua nanti akan dijadikan koleksi Pengembaraan Diri. Apabila ku teliti dan semak kembali tarian pena yang ku mainkan dulu, kadang-kadang hati sedih bertukar gembira, hati suka bertukar duka, hati senyum bertambah ceria, dan hati lara menjadi hiba. Inilah nilaian dan Rahmat Illahi. Ku dapat melihat bagaimana hidupku bertukar dari satu 'stage' ke satu 'stage' yang lain.
ALHAMDULILLAH...
Ku bersyukur dengan hidupku kini. Walau terlalu banyak kenangan lama yang dirindui, terlalu banyak masa silam yang disayangi, namun hari ini hidupku lebih baik dari sebelumnya. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH. Bukan ingin menyalahkan masa silam, bukan ingin menidakkan kenangan lama, bahkan ku bersyukur kerana disebabkan ku yang lepas, ku menjadi diri ku hari ini. Walaupun ada yang ku hilang hari ini, tapi kehilangan itu ALLAH gantikan dengan kemanisan yang tidak terhingga. Walaupun ada yang ku tinggalkan hari ini, tapi peninggalan ku itu ALLAH gantikan dengan kedatangan perkara yang lebih baik dan indah. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.
ASTAGHFIRULLAH...
Mungkin dengan kesenangan yang ku terima hari ini membuatkan ku lupa. Istighfar FAIZ. Dalam berenang di lautan emas, ku lupa ada tersembunyi serpihan kaca-kaca yang menusuk. Kesedaran yang Engkau kurniakan ini Ya ALLAH ku amat-amat hargai. Semoga apa yang terjadi mengajar aku dan menguatkan diri untuk menempuh masa hadapan. Dalam diam ku berfikir, dalam hati ku berzikir. Betapa ku perlu sentiasa muhasabah diri. Peringatan ALLAH yang diturunkan tanda kasih sayang-Nya. Walaupun di mata pemerhati ini masalah, tapi di mata ku inilah nikmat.
Terima Kasih buat yang sentiasa disisi. Keluarga ku tersayang yang sentiasa dihati. Walaupun jarak memisahkan, namun dikau semua sentiasa dekat dalam kalbu hatiku ini. Emak Ayah Adik2. Maafkan anak dan kakakmu ini. Kepulangan ku walaupun sekali akan ku gunakan sebaiknya. Ada hikmahnya semua ini keluargaku. Moga akan sama2 memberi manfaat pada semua suatu hari nanti.
Kepada EMAK dan AYAH...
Doakan anakmu ini diperantauan. Insyaallah akan ku bawa kalian tinggal bersama ku di Mahligai bahagia. Doa kalian berdua sentiasa dapat kurasai setiap hari. Inilah hikmah berada dikejauhan.

Alhamdulillah, FAIZ NUR telah update blog.. kini tarian pena mu pasti lebih tajam, bnyk pngalaman yg telah kau garap. Semoga segala hal-hal yang baik mnjadi milikmu. Ku doakan agar apa yg diimpikan tercapai. Ya ukhti, ana uhibbuki fillah.