Assalamualaikum....
Dah lama tak menulis...Karya-karya pun dah lama tak bertambah...  
Syukur alhamdulillah masih diberi Allah nikmat umur, iman dan ISLAM..
Betapa bersyukurnya ku masih kuat berdiri di jalan ini, mampu bertahan walapun masih merangkak mempelajari satu persatu ilmu kehidupan..

Bercakap mengenai kehidupan, teringat suatu kisah ketika menyelesaikan masalah cinta seorang rakan yang dikatakan adalah hala tuju kehidupannya pada masa akan datang..

Kadang kala apa yang kita lihat terlalu sukar untuk kita rasai..
Ku mengambil jalan membantu rakan tersebut. Bukan mahu menjadi doktor cinta tapi cuba membuka minda dan fikirannya mengenai cinta manusia ni..


Bagi die pasangan yang baru temui setelah sekian lama tertipu dengan cinta ni adalah pasangan yang sejati...
Harapan yang sangat tinggi diletakkan sehingga hilang tak akan berganti, patah tak tumbuh lagi...
Begitulah bile dah bercinta...
Orang kate bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi...

Setelah cinta dipupuk, perkenalan pun makin masyuk, bergayut je kejenye dah macam beruk, sampai masa mak ayah pun masuk menyibuk, dapat pulak restu supaya bercinta elok-elok, makin melarat sampai due-due seronok.

Mereka berdue ni adalah orang yang ade sedikit kesedaran tapi tiada pembimbing tuk mereka melakukan perkara yang sepatutnya. Mereka xpernah menggunakan istilah cinta. Tapi istilah sahabat menjadi pertukaran kata. Namun hakikatnya cinta tetap cinta. Bagi mereka hubungan mereka terjage. Yela, jumpe xpernah berdue, jumpe pun jarang-jarang, setakat telefon dan SMS je. Kalau telefon pun xde la bercakap kosong jer. Tak pernah berpegang-pegang tangan. Aurat dijaga. 

Nak dijadikan cerite salah seorang dari mereka akhirnya tersedar bahawa cinta ni sume mainan syaitan, menyesatkan manusia. Die telah terbace artikel mengenai haramnya bercinta walaupun segala aspek terjage. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat kesedaran tu pada die. Syukur alhamdulillah bukan satu jiwa sahaja terselamat malah kalau betul carenya due jiwa dapat keluar dari lautan kelalaian yang mereka redah.

Tapi bile nak keluar dari lembah percintaan ni bukan senang. Nak nak pulak nak ajak orang yang bercinta bersama-sama untuk keluar dari lembah kealpaan tu.
Erm susah tu. Tapi insya'allah semoga ALLAH permudahkan.

Pada suatu hari keputusan diambil. Die menjelaskan bahawa cara mereka adalah salah dan tidak boleh diteruskan. Setelah mendengar keputusan sebegitu, si pasangan tidak dapat menerima apabila kata diputus tiada sebarang perhubungan walau SMS atau panggilan sekiranya tiada hal yang penting dan hal tersebut tiada lagi kaitan dengan hati. 
Akhirnya terputus perhubungan sejak saat itu. Penerimaan masih lagi gagal. SMS dan panggilan masih lagi bertubi-tubi masuk ke telefon bimbitnya. Percubaan dilakukan dengan cara yang terbaik dan berhemah agar hati tidak terluka dan mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Rakan ku ini buntu. Die perlu keluar dari bayangan hitam hidupnya tapi bayang-bayangnya dirantai. Tiada siapa yang menjumpai kuncinya. 

Dalam kesusahan tu, nasihat ku diminta. Insya'allah akan ku cube sedaya upaya membantu. Dengan ilmu yang sedikit ini ku cube terangkan kepadanya. 

Ku ajak die mendekatkan diri kepada ALLAH. Ku minta die memohon diberi kekuatan dan mohon diberi hidayah kepada sahabatnya yang sedang kecewa tu. Mungkin lambat tetapi hati milik ALLAH, insya'allah ALLAH akan membantu. Alhamdulillah selangkah demi selangkah die menunjukkan perubahan. Sahabatnya juga nampak dari jauh perubahan-perubahan yang dititipkan dalam hidupnya sejak hari itu. Ya, sedikit demi sedikit sahabatnya juga turut berubah. Namun sayangnya perubahannya bukan kerana ALLAH tapi kerana cinta manusia. Ya ALLAH begitu melalaikan cinta manusia ni sehingga lupa kepada Penciptanya sendiri.

Sehingga kini, rakanku ini sentiasa bersama-sama ku. Dan sehingga kini sahabatnya itu telah banyak melalui perubahan. Namun yang pasti mereka tidak lagi berhubung kecuali hal kerja. 

Begitulah episod kehidupan yang sempat aku lihat.

"Betapa lekanya kite ketika cinta manusia terpahat di hati. Di mana terjaganya sekiranya hati kite dicemari dengan titik-titik noda hitam kesan cinta manusia ni. Sedarkah, kau membenarkan apa yang tidak dibenarkan oleh hatimu sendiri? Seboleh-bolehnya kau mengiyakan apa yang salah. Pelbagai jalan dicari untuk kau membenarkan cinta manusia seperti kau alami ini berdiri megah. Ya kata kau 'kami tak melakukan zina'. Sejauh mana kau fahami istilah 'zina' tu sendiri. Kau terjebak dalam zina mata, zina hati, zina telinga dan zina mulut (suara). Sedangkan menghampiri zina je dah dilarang ALLAH S.W.T. Inikan pula melakukannya. Astagfirullah hal a'zim. "

Sebaiknya salurkanlah cinta tersebut ke jalan yang benar. Sememangnya kite xdapat menidakkan perasaan cinta, tetapi ia boleh dikawal. Jika sudah sampai masanya jalanilah langkah-langkah yang dibenarkan Islam. Jadikanlah dia yang sah untuk dicintai. Bercintalah setelah akad terlerai. Betapa manis dan indahnya bercinta sedemikian ibarat memiliki sebutir permata yang telah tersimpan lama di dalam laut. Menjadi orang pertama yang melihat sinaran permata tersebut. Walaupun bibir dapat mengungkap pelbagai ungkapan, pelaksanaan penting untuk membuktikan. 
Biarlah orang sekeliling berkata cara kite tak mengikut 'trend' dan perkembangan semasa, yang penting kite sentiasa mengikut 'trend' dan ajaran yang digariskan ISLAM. 
Biarlah dibenci oleh manusia, asalkan tidak dibenci oleh ALLAH.




~Mendambakan Cinta Illahi~
1 Response
  1. Unknown Says:

    mcm penah terbaca citer ni..,kat satu laman web ker risalah..,tak hingat..,nk same citer nyer


Catat Ulasan