Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s 
tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk

diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak 
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. 
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang 
yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba

jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka 
semakin menderita. 
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. 
Kenalkan mereka kepada zat 
Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. 

Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. 
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan 
nampak nilaian dan keadilan Tuhan. 
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun
tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana 
menteri negara atau 'women gladiator'. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan 
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. 
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim 
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan 
lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan 
"wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa
'superwoman' .

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak 

terhibur  dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan 
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, 
bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan 

daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 
Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai
lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal
lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', 
bahkan anak pun akan kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara .

Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. 
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah 
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju 
Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah 

segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap 
isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti 
Sayidina Ali.





Wallahualam. ...

   

~from FB Putra Akiyama Lian Roslee~
Assalamualaikum....
Dah lama tak menulis...Karya-karya pun dah lama tak bertambah...  
Syukur alhamdulillah masih diberi Allah nikmat umur, iman dan ISLAM..
Betapa bersyukurnya ku masih kuat berdiri di jalan ini, mampu bertahan walapun masih merangkak mempelajari satu persatu ilmu kehidupan..

Bercakap mengenai kehidupan, teringat suatu kisah ketika menyelesaikan masalah cinta seorang rakan yang dikatakan adalah hala tuju kehidupannya pada masa akan datang..

Kadang kala apa yang kita lihat terlalu sukar untuk kita rasai..
Ku mengambil jalan membantu rakan tersebut. Bukan mahu menjadi doktor cinta tapi cuba membuka minda dan fikirannya mengenai cinta manusia ni..


Bagi die pasangan yang baru temui setelah sekian lama tertipu dengan cinta ni adalah pasangan yang sejati...
Harapan yang sangat tinggi diletakkan sehingga hilang tak akan berganti, patah tak tumbuh lagi...
Begitulah bile dah bercinta...
Orang kate bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi...

Setelah cinta dipupuk, perkenalan pun makin masyuk, bergayut je kejenye dah macam beruk, sampai masa mak ayah pun masuk menyibuk, dapat pulak restu supaya bercinta elok-elok, makin melarat sampai due-due seronok.

Mereka berdue ni adalah orang yang ade sedikit kesedaran tapi tiada pembimbing tuk mereka melakukan perkara yang sepatutnya. Mereka xpernah menggunakan istilah cinta. Tapi istilah sahabat menjadi pertukaran kata. Namun hakikatnya cinta tetap cinta. Bagi mereka hubungan mereka terjage. Yela, jumpe xpernah berdue, jumpe pun jarang-jarang, setakat telefon dan SMS je. Kalau telefon pun xde la bercakap kosong jer. Tak pernah berpegang-pegang tangan. Aurat dijaga. 

Nak dijadikan cerite salah seorang dari mereka akhirnya tersedar bahawa cinta ni sume mainan syaitan, menyesatkan manusia. Die telah terbace artikel mengenai haramnya bercinta walaupun segala aspek terjage. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat kesedaran tu pada die. Syukur alhamdulillah bukan satu jiwa sahaja terselamat malah kalau betul carenya due jiwa dapat keluar dari lautan kelalaian yang mereka redah.

Tapi bile nak keluar dari lembah percintaan ni bukan senang. Nak nak pulak nak ajak orang yang bercinta bersama-sama untuk keluar dari lembah kealpaan tu.
Erm susah tu. Tapi insya'allah semoga ALLAH permudahkan.

Pada suatu hari keputusan diambil. Die menjelaskan bahawa cara mereka adalah salah dan tidak boleh diteruskan. Setelah mendengar keputusan sebegitu, si pasangan tidak dapat menerima apabila kata diputus tiada sebarang perhubungan walau SMS atau panggilan sekiranya tiada hal yang penting dan hal tersebut tiada lagi kaitan dengan hati. 
Akhirnya terputus perhubungan sejak saat itu. Penerimaan masih lagi gagal. SMS dan panggilan masih lagi bertubi-tubi masuk ke telefon bimbitnya. Percubaan dilakukan dengan cara yang terbaik dan berhemah agar hati tidak terluka dan mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Rakan ku ini buntu. Die perlu keluar dari bayangan hitam hidupnya tapi bayang-bayangnya dirantai. Tiada siapa yang menjumpai kuncinya. 

Dalam kesusahan tu, nasihat ku diminta. Insya'allah akan ku cube sedaya upaya membantu. Dengan ilmu yang sedikit ini ku cube terangkan kepadanya. 

Ku ajak die mendekatkan diri kepada ALLAH. Ku minta die memohon diberi kekuatan dan mohon diberi hidayah kepada sahabatnya yang sedang kecewa tu. Mungkin lambat tetapi hati milik ALLAH, insya'allah ALLAH akan membantu. Alhamdulillah selangkah demi selangkah die menunjukkan perubahan. Sahabatnya juga nampak dari jauh perubahan-perubahan yang dititipkan dalam hidupnya sejak hari itu. Ya, sedikit demi sedikit sahabatnya juga turut berubah. Namun sayangnya perubahannya bukan kerana ALLAH tapi kerana cinta manusia. Ya ALLAH begitu melalaikan cinta manusia ni sehingga lupa kepada Penciptanya sendiri.

Sehingga kini, rakanku ini sentiasa bersama-sama ku. Dan sehingga kini sahabatnya itu telah banyak melalui perubahan. Namun yang pasti mereka tidak lagi berhubung kecuali hal kerja. 

Begitulah episod kehidupan yang sempat aku lihat.

"Betapa lekanya kite ketika cinta manusia terpahat di hati. Di mana terjaganya sekiranya hati kite dicemari dengan titik-titik noda hitam kesan cinta manusia ni. Sedarkah, kau membenarkan apa yang tidak dibenarkan oleh hatimu sendiri? Seboleh-bolehnya kau mengiyakan apa yang salah. Pelbagai jalan dicari untuk kau membenarkan cinta manusia seperti kau alami ini berdiri megah. Ya kata kau 'kami tak melakukan zina'. Sejauh mana kau fahami istilah 'zina' tu sendiri. Kau terjebak dalam zina mata, zina hati, zina telinga dan zina mulut (suara). Sedangkan menghampiri zina je dah dilarang ALLAH S.W.T. Inikan pula melakukannya. Astagfirullah hal a'zim. "

Sebaiknya salurkanlah cinta tersebut ke jalan yang benar. Sememangnya kite xdapat menidakkan perasaan cinta, tetapi ia boleh dikawal. Jika sudah sampai masanya jalanilah langkah-langkah yang dibenarkan Islam. Jadikanlah dia yang sah untuk dicintai. Bercintalah setelah akad terlerai. Betapa manis dan indahnya bercinta sedemikian ibarat memiliki sebutir permata yang telah tersimpan lama di dalam laut. Menjadi orang pertama yang melihat sinaran permata tersebut. Walaupun bibir dapat mengungkap pelbagai ungkapan, pelaksanaan penting untuk membuktikan. 
Biarlah orang sekeliling berkata cara kite tak mengikut 'trend' dan perkembangan semasa, yang penting kite sentiasa mengikut 'trend' dan ajaran yang digariskan ISLAM. 
Biarlah dibenci oleh manusia, asalkan tidak dibenci oleh ALLAH.




~Mendambakan Cinta Illahi~