Sudah lama Tarian Pena sepi. Masa cemburu untuk ku teruskan catatan diari ku. Kalau dulu catatan diari di tangan. Mungkin kerana digital diari kini menyebabkan ku lebih berhati-hati dalam penulisan ku. Hilangnya FAIZ NUR yang dulu tidak bererti hilang jua nilai-nilai kesetiaannya pada penulisan. Penulisanku biasanya hanya untuk ku kongsikan berdua dengan 'DIARI' ku. 

RINDU rasanya...
Karya Hatiku juga telah lama ku tinggalkan. Oh bukuku. Koleksi itu akan sentiasa tersimpan di ruang mejaku. Lama juga rasanya. Bukan tiada Idea, tapi masa tidak mengizinkan aku untuk menitipkannya. Pernah suatu ketika di luar jangkauan minda dan pemikiranku, suasana sayu senja dan dingin bayu melahirkan ilham yang cantik untuk diisi di dalam Karya Hatiku. Subhanallah. Begitulah alam mengajar diri ku.

SAYANG rasanya...
Andai ku titipkan setiap bait-bait hidupku ini sepanjang hari, mungkin di hari tua nanti akan dijadikan koleksi Pengembaraan Diri. Apabila ku teliti dan semak kembali tarian pena yang ku mainkan dulu, kadang-kadang hati sedih bertukar gembira, hati suka bertukar duka, hati senyum bertambah ceria, dan hati lara menjadi hiba. Inilah nilaian dan Rahmat Illahi. Ku dapat melihat bagaimana hidupku bertukar dari satu 'stage' ke satu 'stage' yang lain.

ALHAMDULILLAH...
Ku bersyukur dengan hidupku kini. Walau terlalu banyak kenangan lama yang dirindui, terlalu banyak masa silam yang disayangi, namun hari ini hidupku lebih baik dari sebelumnya. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH. Bukan ingin menyalahkan masa silam, bukan ingin menidakkan kenangan lama, bahkan ku bersyukur kerana disebabkan ku yang lepas, ku menjadi diri ku hari ini. Walaupun ada yang ku hilang hari ini, tapi kehilangan itu ALLAH gantikan dengan kemanisan yang tidak terhingga. Walaupun ada yang ku tinggalkan hari ini, tapi peninggalan ku itu ALLAH gantikan dengan kedatangan perkara yang lebih baik dan indah. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH...
Mungkin dengan kesenangan yang ku terima hari ini membuatkan ku lupa. Istighfar FAIZ. Dalam berenang di lautan emas, ku lupa ada tersembunyi serpihan kaca-kaca yang menusuk. Kesedaran yang Engkau kurniakan ini Ya ALLAH ku amat-amat hargai. Semoga apa yang terjadi mengajar aku dan menguatkan diri untuk menempuh masa hadapan. Dalam diam ku berfikir, dalam hati ku berzikir. Betapa ku perlu sentiasa muhasabah diri. Peringatan ALLAH yang diturunkan tanda kasih sayang-Nya. Walaupun di mata pemerhati ini masalah, tapi di mata ku inilah nikmat.

Terima Kasih buat yang sentiasa disisi. Keluarga ku tersayang yang sentiasa dihati. Walaupun jarak memisahkan, namun dikau semua sentiasa dekat dalam kalbu hatiku ini. Emak Ayah Adik2. Maafkan anak dan kakakmu ini. Kepulangan ku walaupun sekali akan ku gunakan sebaiknya. Ada hikmahnya semua ini keluargaku. Moga akan sama2 memberi manfaat pada semua suatu hari nanti.

Kepada EMAK dan AYAH... 
Doakan anakmu ini diperantauan. Insyaallah akan ku bawa kalian tinggal bersama ku di Mahligai bahagia. Doa kalian berdua sentiasa dapat kurasai setiap hari. Inilah hikmah berada dikejauhan.
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan.
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan serasi dalam fikiran menusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga daripada kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan..



~copied from FB Nabila Nisa~


Mungkin manusia masih lagi tidak sedar. ALLAH telah menetapkan peraturan hidup kita. Buku panduan sudah tersedia (Al-Quran). Ajaran dan praktikal telah terencana (Hadis & As-Sunnah).
Saya nampak sesuatu yang tidak kita fahami. Persoalan yang pernah bermain di minda suatu ketika dahulu. Walaupun ada segelintir tidak pernah terfikir, tapi saya yakin mereka tiada jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Untuk apa aku hidup?
Kenapa aku dihidupkan?
Perlukah aku di dunia ini?
Kalau aku mendatangkan kerosakan pada dunia, kenapa aku perlu untuk berada di atas bumi ini?


Walau siapa pun kita. Di atas atau di bawah. Berjawatan tinggi atau rendah. Walau apa saja warna kulit wajah. Kita dihidupkan atas SATU matlamat yang sama. Menjalankan amanah ALLAH, menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi. Menjadikan Al-Quran panduan utama, bukan undang-undang hati yang menjadi raja. Kalau diri sendiri kita tak boleh jaga, tak boleh kawal, tak boleh betulkan, macam mana kita nak betulkan orang lain? Dalam konteks ni kita bercakap mengenai cinta. Kalau sorang dah tak betul dalam erti kata tak ikut panduan yang ALLAH dah bagi, mana mungkin sorang lagi akan dapat diselamatkan. 

Manusia kini kalau dah bercinta tak mengenal had. Kalau dah cinta semua jadi manis. Apalah yang mereka dapat bila jadi hamba cinta ni?? Keseronokan dunia?? Sedarlah kita cuma menumpang kat dunia ni. Perjalanan kita hidup di dunia ni adalah sebagai masa untuk membuat persediaan untuk hidup di akhirat.

Betul kita tidak boleh hanya berfikir tentang akhirat dan meninggalkan dunia. Tapi bila kita memandang kepada akhirat scara automatik kita bersedia untuk menjalani hidup di dunia sebagai mana yang digariskan dalam Al-Quran untuk mendapat kesenangan di akhirat nanti. 

Sedarlah Faiz Nur, sahabat2... Tempoh hayat dunia semakin hampir. Jangan berfikir esok akan ada masa untuk kita melakukan perkara yang patut kita lakukan sekarang. Nyawa kita bukan ditangan kita. Mungkin beberapa saat lagi akan tiba ajal kita. Sakit hanya penyebab. Orang yang tak sakit, orang yang muda, orang yang senang pun boleh dicabut nyawanya sekiranya masanya sudah tiba.

Walaupun kita kadang kala terleka, tapi apabila kita sedar dari kelekaan tersebut maka bangkitlah.. 
Hati manusia sentiasa berbolak balik..

MARILAH SAHABAT-SAHABAT, KITA MUHASABAH DIRI... ISTIQAMAH DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN... 
WALAU DIMANA KITA BERADA INGATLAH KITA TIDAK BERSENDIRIAN... ALLAH SENTIASA BERSAMA...
INGATLAH ALLAH MELIHAT KITA... JADILAH YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG TERBAIK... BUKAN UNTUK MEMBANGGA DIRI TAPI AGAR KITA DAPAT MEMPERTINGKATKAN DIRI SENDIRI...










Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
……………………………………………
……….
“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”
SOURCE: sumber: http://al-insyirah.forummotion.com/






Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s 
tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk

diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak 
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. 
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang 
yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba

jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka 
semakin menderita. 
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. 
Kenalkan mereka kepada zat 
Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. 

Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. 
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan 
nampak nilaian dan keadilan Tuhan. 
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun
tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana 
menteri negara atau 'women gladiator'. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan 
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. 
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim 
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan 
lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan 
"wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa
'superwoman' .

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak 

terhibur  dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan 
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, 
bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan 

daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 
Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai
lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal
lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', 
bahkan anak pun akan kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara .

Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. 
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah 
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju 
Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah 

segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap 
isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti 
Sayidina Ali.





Wallahualam. ...

   

~from FB Putra Akiyama Lian Roslee~
Assalamualaikum....
Dah lama tak menulis...Karya-karya pun dah lama tak bertambah...  
Syukur alhamdulillah masih diberi Allah nikmat umur, iman dan ISLAM..
Betapa bersyukurnya ku masih kuat berdiri di jalan ini, mampu bertahan walapun masih merangkak mempelajari satu persatu ilmu kehidupan..

Bercakap mengenai kehidupan, teringat suatu kisah ketika menyelesaikan masalah cinta seorang rakan yang dikatakan adalah hala tuju kehidupannya pada masa akan datang..

Kadang kala apa yang kita lihat terlalu sukar untuk kita rasai..
Ku mengambil jalan membantu rakan tersebut. Bukan mahu menjadi doktor cinta tapi cuba membuka minda dan fikirannya mengenai cinta manusia ni..


Bagi die pasangan yang baru temui setelah sekian lama tertipu dengan cinta ni adalah pasangan yang sejati...
Harapan yang sangat tinggi diletakkan sehingga hilang tak akan berganti, patah tak tumbuh lagi...
Begitulah bile dah bercinta...
Orang kate bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi...

Setelah cinta dipupuk, perkenalan pun makin masyuk, bergayut je kejenye dah macam beruk, sampai masa mak ayah pun masuk menyibuk, dapat pulak restu supaya bercinta elok-elok, makin melarat sampai due-due seronok.

Mereka berdue ni adalah orang yang ade sedikit kesedaran tapi tiada pembimbing tuk mereka melakukan perkara yang sepatutnya. Mereka xpernah menggunakan istilah cinta. Tapi istilah sahabat menjadi pertukaran kata. Namun hakikatnya cinta tetap cinta. Bagi mereka hubungan mereka terjage. Yela, jumpe xpernah berdue, jumpe pun jarang-jarang, setakat telefon dan SMS je. Kalau telefon pun xde la bercakap kosong jer. Tak pernah berpegang-pegang tangan. Aurat dijaga. 

Nak dijadikan cerite salah seorang dari mereka akhirnya tersedar bahawa cinta ni sume mainan syaitan, menyesatkan manusia. Die telah terbace artikel mengenai haramnya bercinta walaupun segala aspek terjage. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat kesedaran tu pada die. Syukur alhamdulillah bukan satu jiwa sahaja terselamat malah kalau betul carenya due jiwa dapat keluar dari lautan kelalaian yang mereka redah.

Tapi bile nak keluar dari lembah percintaan ni bukan senang. Nak nak pulak nak ajak orang yang bercinta bersama-sama untuk keluar dari lembah kealpaan tu.
Erm susah tu. Tapi insya'allah semoga ALLAH permudahkan.

Pada suatu hari keputusan diambil. Die menjelaskan bahawa cara mereka adalah salah dan tidak boleh diteruskan. Setelah mendengar keputusan sebegitu, si pasangan tidak dapat menerima apabila kata diputus tiada sebarang perhubungan walau SMS atau panggilan sekiranya tiada hal yang penting dan hal tersebut tiada lagi kaitan dengan hati. 
Akhirnya terputus perhubungan sejak saat itu. Penerimaan masih lagi gagal. SMS dan panggilan masih lagi bertubi-tubi masuk ke telefon bimbitnya. Percubaan dilakukan dengan cara yang terbaik dan berhemah agar hati tidak terluka dan mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Rakan ku ini buntu. Die perlu keluar dari bayangan hitam hidupnya tapi bayang-bayangnya dirantai. Tiada siapa yang menjumpai kuncinya. 

Dalam kesusahan tu, nasihat ku diminta. Insya'allah akan ku cube sedaya upaya membantu. Dengan ilmu yang sedikit ini ku cube terangkan kepadanya. 

Ku ajak die mendekatkan diri kepada ALLAH. Ku minta die memohon diberi kekuatan dan mohon diberi hidayah kepada sahabatnya yang sedang kecewa tu. Mungkin lambat tetapi hati milik ALLAH, insya'allah ALLAH akan membantu. Alhamdulillah selangkah demi selangkah die menunjukkan perubahan. Sahabatnya juga nampak dari jauh perubahan-perubahan yang dititipkan dalam hidupnya sejak hari itu. Ya, sedikit demi sedikit sahabatnya juga turut berubah. Namun sayangnya perubahannya bukan kerana ALLAH tapi kerana cinta manusia. Ya ALLAH begitu melalaikan cinta manusia ni sehingga lupa kepada Penciptanya sendiri.

Sehingga kini, rakanku ini sentiasa bersama-sama ku. Dan sehingga kini sahabatnya itu telah banyak melalui perubahan. Namun yang pasti mereka tidak lagi berhubung kecuali hal kerja. 

Begitulah episod kehidupan yang sempat aku lihat.

"Betapa lekanya kite ketika cinta manusia terpahat di hati. Di mana terjaganya sekiranya hati kite dicemari dengan titik-titik noda hitam kesan cinta manusia ni. Sedarkah, kau membenarkan apa yang tidak dibenarkan oleh hatimu sendiri? Seboleh-bolehnya kau mengiyakan apa yang salah. Pelbagai jalan dicari untuk kau membenarkan cinta manusia seperti kau alami ini berdiri megah. Ya kata kau 'kami tak melakukan zina'. Sejauh mana kau fahami istilah 'zina' tu sendiri. Kau terjebak dalam zina mata, zina hati, zina telinga dan zina mulut (suara). Sedangkan menghampiri zina je dah dilarang ALLAH S.W.T. Inikan pula melakukannya. Astagfirullah hal a'zim. "

Sebaiknya salurkanlah cinta tersebut ke jalan yang benar. Sememangnya kite xdapat menidakkan perasaan cinta, tetapi ia boleh dikawal. Jika sudah sampai masanya jalanilah langkah-langkah yang dibenarkan Islam. Jadikanlah dia yang sah untuk dicintai. Bercintalah setelah akad terlerai. Betapa manis dan indahnya bercinta sedemikian ibarat memiliki sebutir permata yang telah tersimpan lama di dalam laut. Menjadi orang pertama yang melihat sinaran permata tersebut. Walaupun bibir dapat mengungkap pelbagai ungkapan, pelaksanaan penting untuk membuktikan. 
Biarlah orang sekeliling berkata cara kite tak mengikut 'trend' dan perkembangan semasa, yang penting kite sentiasa mengikut 'trend' dan ajaran yang digariskan ISLAM. 
Biarlah dibenci oleh manusia, asalkan tidak dibenci oleh ALLAH.




~Mendambakan Cinta Illahi~