Doa ku pada 7 SEPTEMBER 2012...


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun kadang kala aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang... Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti ke senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.. Dalam usia yag hampir terhenti ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya..  Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si lemah ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.



                     Amin Ya Rabbul Alamin.


Sumber : rafikasastras.blogspot.com
Teringat bila hari IBU, orang selalu mementingkan IBU mereka... Namun bila bukan hari IBU, seolah2 IBU tidak diraikan... Setiap hari adalah hari IBU namun teringat pula post seorang sahabat mengenai IBU kedua... Lupakah KITA pada mereka... Dengarkan lah luahan hati mereka....


AMANAT dan HARAPAN 2 ORANG IBU...
------------------------------------------------------------------------------
WAHAI MENANTUKU :
Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku. bila engkau membaca pesan ini semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.


WAHAI MENANTUKU :
Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akherat untuk puteriku. bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke surga.


WAHAI MENANTUKU:
Bila ada kelemahan dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga kerana kekurangan darinya, bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.


WAHAI MENANTUKU:
Seorang suami tak boleh membiarkan mata istrinya basah walau hanya serupa tetesan embun dini hari. bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tentram dan aman. maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.


WAHAI MENANTUKU:
Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku, bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya. bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan.


WAHAI MENANTUKU:
Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka derhaka terhadap suaminya, maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar. bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan syurga untuk di lalui bersama.


WAHAI MENANTUKU:
Engkau di izinkan menghukum isterimu sewajarnya namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan dirinya seolah-olah engkau turut memburuk-burukkan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu...
Semoga keluarga kamu menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan diberkati~


Setulus Kasih dari Ibu Isterimu yang jua IBU kedua mu



--------------------------------------------------------------------------------

Duhai gadis yang baru ku kenali..
Tahukah kau, dia puteraku..
Lahir dari dalam rahim suciku..
Ku pertaruhkan hidupku untuk memilikinya..
Anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya ku besarkan dengan segenap rasa cintaku..
Tangan renta ini yang mengangkat tubuh mungilnya, menyuapinya, menyeka air matanya dan memeluknya dalam dakapanku..
Duhai gadis..
Tahukah kau betapa besar rasa cintaku padanya?
Bahkan aku tak mampu membayangkan bila ada yang merebutnya dari dakapku..
Tahukah kau gadis?
Betapa bangga ku rasakan ketika dia mulai beranjak dewasa?
Menatap tumbuh menjadi lelaki tegap dan tampan..
Seulas senyumnya mengingatkanku pada senyuman ayahnya yang sangat ku cinta..
Betapa hati ini terus diliputi rasa bangga dan buncahan cinta padanya..
Kebanggaanku.. Putraku..
Berbagai prestasi dia ukir dan memahatnya..
Bangga tak terperi dalam lubang rasaku..
Dan ku selalu merasa puas menyebutnya putraku..
Tak sedikitpun dia pernah mengecewakanku..
Tak pernah..
Gadis, tahukah kau..
Betapa haru hatiku, ketika ku melihat perubahannya..
Mencuba mengenal Deennya lebih dalam dari yang kami ajarkan padanya..
Dia menjadi muslim sejati..
Lelaki yang dirindukan JANNAH..
Aku semakin sayang padanya..
Puteraku kini yang malah mengajarkanku banyak hal..
Mendekatkanku pada-Nya..
Pada Rabb ku yang selama ini ku kenal dengan sederhana kerana kejahilanku..
Tapi aku tak malu..namun sebaliknya..
Aku semakin bangga padanya..
Puteraku.. Cahayaku..
Namun..
Rasa itu berubah menjadi takut, cemas dan khuwatir..
Ketika dia menyampaikan padaku keinginannya..
Dia ingin menyempurnakan agamanya..
Yah.. Dia ingin membangun rumah tangganya sendiri..
Dan, dia telah memilih..... kaulah gadis beruntung itu..
Gadis, tahukah kau?
Betapa cemburuku padamu?
Oh, aku sangat takut kehilangan putera kesayanganku..
Takut kau merebut semua perhatiannya dariku..
Takut keberadaanmu, memalingkannya dariku..
Kau akan merebutnya dan aku cemburu..
Namun, kembali ku sedari..
Puteraku tak akan memilih wanita sembarang..
Ku yakin kau punya kelebihan yang membuatnya memilihmu..
Dan ku mulai menata hatiku..
Duhai gadis pilihan puteraku..
Ku harap kau memiliki tangan yang lebih lembut dariku..
Kerana ku tak mahu kau melukai puteraku..
Ku harap kau mempunyai senyuman yang lebih sejuk dariku..
Kerana kelak, dia akan datang padamu dalam tiap galaunya untuk mencari ketenangan..
Ku harap kau memiliki pelukan yang lebih hangat dariku..
Kerana ku ingin hatinya selalu damai dalam dakapanmu..
Ku harap kau mempunyai tutur kata yang seindah embun..
Kerana ku tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya..
Duhai gadis pilihan puteraku..
Jadilah anakku..
Agar tak pernah ku merasa kehilangan puteraku kerana kehadiranmu...
Jadilah sahabatku..
Agar kau dapat mencurahkan rasamu padaku kelak..
Jadilah rakanku..
Agar bersama-sama kita mencintai lelaki yang sama-sama kita cintai..
Untukmu gadis pilihan puteraku..
Selamat datang ke istana kami..
Penuhilah dengan cinta dan kasih..
Semoga kau bahagia menjadi sebahagian dari kami..
Padamu gadis pilihan puteraku..
InsyaAllah… Aku pun akan mencintaimu..

IBU keduamu yang mahu menjadi SAHABAT akrabmu



~Terima Kasih SAHABAT~         ~Sharing IS Caring~
Peringatan BERSAMA bukan hanya untukmu sahaja... 
Semoga dikau menjadi MENANTU permata MERTUA
 Tarian Pena : Nukilan zaman-zaman sekolah dulu... Sedang mencuri masa utk menghasilkan nukilan terkini..

Dilema Melayu Islam...
satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
tanpa  emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan...
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Aqidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonomkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin tersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaasuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah al-Jamik (Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama beriman
Makabertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan - lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal
Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal
Itulah silaturahim - 'hubungan' intim atas nama al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat - peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan 
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus - terpulang
Bebas untuk buat pilihan
Inilah 5 hukum daripada Allah
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara automatik terbentuklah perpaduan
Inilah maksud firman Tuhan :
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (peraturan Tuhan) dan janganlah kamu berpecah  belah."

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitnah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
-jika bangsa terjajah, jiwa terseksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
-jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB
Yang jahil diberi pengajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
...selagi Melayu menguasai pemerintahan
...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan
...selagi itu kedua-duaya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dalat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin...
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabillah
Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu - dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!


Petikan Prolog : Dilema Melayu-Islam, Kurang Fikir atau Kurang Zikir


Tajuk : DILEMA MELAYU – ISLAM , KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR
Penulis : PAHROL MOHAMAD JUOI
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-5102-14-1
Tahun : 2008
Harga : RM30
Sudah lama Tarian Pena sepi. Masa cemburu untuk ku teruskan catatan diari ku. Kalau dulu catatan diari di tangan. Mungkin kerana digital diari kini menyebabkan ku lebih berhati-hati dalam penulisan ku. Hilangnya FAIZ NUR yang dulu tidak bererti hilang jua nilai-nilai kesetiaannya pada penulisan. Penulisanku biasanya hanya untuk ku kongsikan berdua dengan 'DIARI' ku. 

RINDU rasanya...
Karya Hatiku juga telah lama ku tinggalkan. Oh bukuku. Koleksi itu akan sentiasa tersimpan di ruang mejaku. Lama juga rasanya. Bukan tiada Idea, tapi masa tidak mengizinkan aku untuk menitipkannya. Pernah suatu ketika di luar jangkauan minda dan pemikiranku, suasana sayu senja dan dingin bayu melahirkan ilham yang cantik untuk diisi di dalam Karya Hatiku. Subhanallah. Begitulah alam mengajar diri ku.

SAYANG rasanya...
Andai ku titipkan setiap bait-bait hidupku ini sepanjang hari, mungkin di hari tua nanti akan dijadikan koleksi Pengembaraan Diri. Apabila ku teliti dan semak kembali tarian pena yang ku mainkan dulu, kadang-kadang hati sedih bertukar gembira, hati suka bertukar duka, hati senyum bertambah ceria, dan hati lara menjadi hiba. Inilah nilaian dan Rahmat Illahi. Ku dapat melihat bagaimana hidupku bertukar dari satu 'stage' ke satu 'stage' yang lain.

ALHAMDULILLAH...
Ku bersyukur dengan hidupku kini. Walau terlalu banyak kenangan lama yang dirindui, terlalu banyak masa silam yang disayangi, namun hari ini hidupku lebih baik dari sebelumnya. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH. Bukan ingin menyalahkan masa silam, bukan ingin menidakkan kenangan lama, bahkan ku bersyukur kerana disebabkan ku yang lepas, ku menjadi diri ku hari ini. Walaupun ada yang ku hilang hari ini, tapi kehilangan itu ALLAH gantikan dengan kemanisan yang tidak terhingga. Walaupun ada yang ku tinggalkan hari ini, tapi peninggalan ku itu ALLAH gantikan dengan kedatangan perkara yang lebih baik dan indah. ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH...
Mungkin dengan kesenangan yang ku terima hari ini membuatkan ku lupa. Istighfar FAIZ. Dalam berenang di lautan emas, ku lupa ada tersembunyi serpihan kaca-kaca yang menusuk. Kesedaran yang Engkau kurniakan ini Ya ALLAH ku amat-amat hargai. Semoga apa yang terjadi mengajar aku dan menguatkan diri untuk menempuh masa hadapan. Dalam diam ku berfikir, dalam hati ku berzikir. Betapa ku perlu sentiasa muhasabah diri. Peringatan ALLAH yang diturunkan tanda kasih sayang-Nya. Walaupun di mata pemerhati ini masalah, tapi di mata ku inilah nikmat.

Terima Kasih buat yang sentiasa disisi. Keluarga ku tersayang yang sentiasa dihati. Walaupun jarak memisahkan, namun dikau semua sentiasa dekat dalam kalbu hatiku ini. Emak Ayah Adik2. Maafkan anak dan kakakmu ini. Kepulangan ku walaupun sekali akan ku gunakan sebaiknya. Ada hikmahnya semua ini keluargaku. Moga akan sama2 memberi manfaat pada semua suatu hari nanti.

Kepada EMAK dan AYAH... 
Doakan anakmu ini diperantauan. Insyaallah akan ku bawa kalian tinggal bersama ku di Mahligai bahagia. Doa kalian berdua sentiasa dapat kurasai setiap hari. Inilah hikmah berada dikejauhan.
Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan.
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan serasi dalam fikiran menusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga daripada kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan..



~copied from FB Nabila Nisa~


Mungkin manusia masih lagi tidak sedar. ALLAH telah menetapkan peraturan hidup kita. Buku panduan sudah tersedia (Al-Quran). Ajaran dan praktikal telah terencana (Hadis & As-Sunnah).
Saya nampak sesuatu yang tidak kita fahami. Persoalan yang pernah bermain di minda suatu ketika dahulu. Walaupun ada segelintir tidak pernah terfikir, tapi saya yakin mereka tiada jawapan untuk menjawab persoalan ini.

Untuk apa aku hidup?
Kenapa aku dihidupkan?
Perlukah aku di dunia ini?
Kalau aku mendatangkan kerosakan pada dunia, kenapa aku perlu untuk berada di atas bumi ini?


Walau siapa pun kita. Di atas atau di bawah. Berjawatan tinggi atau rendah. Walau apa saja warna kulit wajah. Kita dihidupkan atas SATU matlamat yang sama. Menjalankan amanah ALLAH, menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi. Menjadikan Al-Quran panduan utama, bukan undang-undang hati yang menjadi raja. Kalau diri sendiri kita tak boleh jaga, tak boleh kawal, tak boleh betulkan, macam mana kita nak betulkan orang lain? Dalam konteks ni kita bercakap mengenai cinta. Kalau sorang dah tak betul dalam erti kata tak ikut panduan yang ALLAH dah bagi, mana mungkin sorang lagi akan dapat diselamatkan. 

Manusia kini kalau dah bercinta tak mengenal had. Kalau dah cinta semua jadi manis. Apalah yang mereka dapat bila jadi hamba cinta ni?? Keseronokan dunia?? Sedarlah kita cuma menumpang kat dunia ni. Perjalanan kita hidup di dunia ni adalah sebagai masa untuk membuat persediaan untuk hidup di akhirat.

Betul kita tidak boleh hanya berfikir tentang akhirat dan meninggalkan dunia. Tapi bila kita memandang kepada akhirat scara automatik kita bersedia untuk menjalani hidup di dunia sebagai mana yang digariskan dalam Al-Quran untuk mendapat kesenangan di akhirat nanti. 

Sedarlah Faiz Nur, sahabat2... Tempoh hayat dunia semakin hampir. Jangan berfikir esok akan ada masa untuk kita melakukan perkara yang patut kita lakukan sekarang. Nyawa kita bukan ditangan kita. Mungkin beberapa saat lagi akan tiba ajal kita. Sakit hanya penyebab. Orang yang tak sakit, orang yang muda, orang yang senang pun boleh dicabut nyawanya sekiranya masanya sudah tiba.

Walaupun kita kadang kala terleka, tapi apabila kita sedar dari kelekaan tersebut maka bangkitlah.. 
Hati manusia sentiasa berbolak balik..

MARILAH SAHABAT-SAHABAT, KITA MUHASABAH DIRI... ISTIQAMAH DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN... 
WALAU DIMANA KITA BERADA INGATLAH KITA TIDAK BERSENDIRIAN... ALLAH SENTIASA BERSAMA...
INGATLAH ALLAH MELIHAT KITA... JADILAH YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG TERBAIK... BUKAN UNTUK MEMBANGGA DIRI TAPI AGAR KITA DAPAT MEMPERTINGKATKAN DIRI SENDIRI...










Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
……………………………………………
……….
“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”
SOURCE: sumber: http://al-insyirah.forummotion.com/






Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s 
tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk

diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak 
lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. 
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang 
yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba

jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka 
semakin menderita. 
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. 
Kenalkan mereka kepada zat 
Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. 

Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. 
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan 
nampak nilaian dan keadilan Tuhan. 
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun
tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana 
menteri negara atau 'women gladiator'. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan 
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. 
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim 
wanita yang lembut itulah yang mengandungkan 
lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan 
"wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa
'superwoman' .

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak 

terhibur  dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan 
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, 
bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan 

daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. 
Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai
lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal
lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', 
bahkan anak pun akan kehilangan ibu,
suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara .

Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. 
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah 
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju 
Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah 

segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap 
isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti 
Sayidina Ali.





Wallahualam. ...

   

~from FB Putra Akiyama Lian Roslee~